KL City Perlu Jadi Kelab ‘Kedua’ Penyokong
Liga Super
KL City FC
Advertisements

CEO KL City FC, Stanley Bernard melihat pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu perlu menjadi kelab ‘kedua’ bagi anak-anak rantau bagi meningkatkan kehadiran penonton di stadium.

Mengikut statistik Transfermarkt, kehadiran penonton di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur setakat sembilan perlawanan menyaksikan kehadiran seramai 18,185 orang dengan purata 2,021 orang.

Angka ini amat sedikit jika dibandingkan dengan empat pasukan Liga Super lain iaitu Kuching City FC, Kelantan FC, Penang FC dan Negeri Sembilan FC. Il Gatto merekodkan 30,872 orang dengan purata 2,807 orang, Harimau Kumbang (31,109/2,828), Kijang (32,857/3,286) dan Rusa (36,332/3,633).

Advertisements

Angka ini dilihat tidak setaraf dengan pencapaian yang dilakar The City Boys sejak tiga musim lepas. Di bawah bimbingan bekas jurulatih Bojan Hodak, KL City muncul juara Piala Malaysia (2021) dan finalis Piala AFC (2022) dan Piala FA (2023).

Stanley mengakui anak-anak rantau akan turun ke Stadium Cheras untuk menonton perlawanan membabitkan negeri kelahiran mereka. Begitupun, untuk menjadikan KL City sebagai alternatif buat perantau yang sukakan bola sepak bukanlah sesuatu yang mudah.

Pada masa yang sama, jika usaha ini dapat direalisasikan, ini bukan saja dapat meningkatkan sokongan padu buat The City Boys di gelanggang keramat mereka. Malah, ini membakar semangat KL City untuk lebih konsisten melakar kejayaan pada masa hadapan.

Advertisements

“So (Jadi), ramai orang menyukai KL kerana mencari kerja di sini. Ini tempat mereka membina keluarga mereka. Inilah tempat mereka spend (belanja) paling banyak kerana di sinilah mereka bekerja.

“Tetapi you cannot take away the belonging of someone (anda tak boleh ambil kecintaan kepada negeri mereka). Sebab itulah tempat mereka lahir (baik) dari Melaka, dari Negeri Sembilan, Seremban. Tetapi KL sebenarnya ialah rumah kedua mereka.

Or if there is a second club, it would be KL (Atau jika ada kelab kedua, KL akan jadi pilihan) sebab KL sedang memberi sesuatu yang rapat dengan mereka. Itulah naskhah mereka dan mereka bina life (kehidupan) mereka di sini.

Advertisements

10,15, 20 years it doesn’t matter they’re born elsewhere (10,15, 20 tahun tak kira di mana mereka lahir). So (Jadi), I (saya) tak boleh replace (ganti) tempat lahir mereka.

“Tetapi bolehkah saya jadi second club (kelab kedua) mereka di mana mereka tak boleh balik Terengganu every weekend (setiap hujung minggu) untuk watch (tonton) Terengganu. Of course (Sudah tentu) bila Terengganu atau Kelantan plays here (main di sini), mereka datang.

“Tapi bolehkah kita dapatkan mereka untuk datang every week to watch their second team play because they love football (setiap minggu untuk menonton pasukan kedua mereka main kerana sukakan bola sepak)? And this is the second team they love because the first team is too far away (Dan ini pasukan kedua yang mereka sayang kerana pasukan pertama terlampau jauh.

Advertisements

This is what I’m looking at, not easy to be done easier said (Ini yang saya sedang lihat, bukan senang nak lakukan senang cakap). Tapi selepas tiga tahun, banyak usaha yang kita lakukan,” katanya dalam episod terbaru Bola Itu Life di Astro Arena.

Ini sesuatu yang diharap dapat direalisasikan lebih-lebih lagi KL City masih bersaing dalam pemburuan Piala Malaysia. The City Boys bakal berdepan Sri Pahang dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia pada 17 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram