KL City Sedia Bawa Luqman Hakim Pulang
Transfer
YSCC
Advertisements

KL City FC tidak menolak sekiranya berpeluang membawa penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin kembali ke tanah air.

Hasrat ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard apabila ditanya tentang khabar angin yang mengaitkan Luqman dengan pasukan itu.

Selepas menyertai KV Kortrijk pada 2020, penyerang berusia 22 tahun itu sudah merasai pengalaman beraksi di beberapa kelab luar negara.

Advertisements

Luqman pernah beraksi secara pinjaman untuk kelab divisyen dua Iceland, Njardvik pada tahun 2023. Kini, beliau bersama kelab J3 League, Yokohama Sports & Culture Club (Yokohama SCC) secara pinjaman untuk musim 2024.

Stanley mendedahkan kelab Lembah Klang itu pernah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Luqman beberapa tahun sebelum beliau berhijrah ke Eropah.

Advertisements

“Kami ada mendekati Luqman Hakim kira-kira beberapa tahun lalu dan kami sedang berbincang untuk membawanya menyertai pasukan. Tetapi pada ketika itu, beliau amat jelas tentang hasratnya untuk tinggal di Eropah dan saya menghormati keputusannya.

“Jika beliau mahu membuat kemunculan semula ke Malaysia, kami tidak akan menolak peluang tetapi kami perlu membuat beberapa beberapa pertimbangan.

Advertisements

“Saya tak boleh beri jaminan atau berkata apa-apa buat masa ini kerana musim (2024/25) akan bermula dan kami tidak akan mempunyai rancangan untuk mendapatkannya.

“Siapa tahu? Dengan usia dan pengalamannya, kita mungkin mempertimbangkannya pada masa hadapan. Kita lihat bagaimana,” katanya kepada portal Scoop.

Advertisements

KL City ketika ini sibuk mengatur persiapan pra-musim menjelang sepak mula Liga Super musim 2024/25 yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Pasukan yang dibimbing Miroslav Kuljanac bakal turun menentang PDRM FC untuk aksi persahabatan pra-musim seterusnya di Stadium Selayang esok.

The City Boys dijangka ingin meneruskan momentum selepas memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram