“KL City Takkan Berhenti” – Giancarlo Gallifuoco
MakanBola
Lion City Sailors FC

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco memaklumkan pasukan itu tidak akan menyerah kalah menjelang aksi keempat Kumpulan B Shopee Cup.

Selepas tewas 2-0 di tangan Lion City Sailors baru-baru ini, The City Boys kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan enam mata.

Buriram United menduduki tangga kedua atas kelebihan jaringan meskipun berkongsi mata sama dengan KL City. Kelab Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) terus unggul di hadapan dengan sembilan mata.

Ad

Kini, The City Boys berdepan anak buah Mano Polking dalam aksi keempat Kumpulan B. KL City perlu menang jika ingin menghidupkan peluang ke peringkat separuh akhir.

Meskipun sedar KL City berdepan misi sukar menentang juara V. League 1 2022/23 itu, Gallifuoco percaya itu tidak akan mematahkan semangat pasukan itu untuk mencuba yang terbaik.

Ad
Ad

Ini kerana pada hemat beliau, pelbagai ujian yang dihadapi pasukan itu menguatkan lagi semangat mereka untuk berjuang sehingga ke wisel penamat.

Ad

“Kita mesti menang, setiap penyokong tahu tentang itu. Kita mungkin kalah tetapi kita takkan berhenti. Kita tak pernah berhenti,” katanya kepada MakanBola selepas perlawanan.

“Sekatan perpindahan, kecederaan, padang bertukar setiap minggu, tiada masalah. Anda tahu meskipun dengan potongan mata, kita takkan berhenti.

“Saya tahu meskipun kita penat dan berdepan pelbagai masalah, kita akan keluar dan berjuang sehingga ke wisel penamat.”

KL City bakal berdepan CAHN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 23 Januari.