KL City Terima RM1 Juta
MakanBola
MFL
Sponsors

Finalis Piala FA 2023, KL City FC kini difahamkan telah menerima RM1 Juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

The City Boys kini hangat diperkatakan selepas difahamkan mengalami tunggakan gaji pada musim ini.

Ad

Hal ini bermula apabila kapten pasukan, Paulo Josue tampil memaklumkan berkenaan situasinya yang dikatakan mengalami tunggakan 7 bulan gaji.

Ad

Perkara ini bagaimanapun sudah dijawab oleh Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad.

Terbaru, Isu tunggakan KWSP pasukan Lembah Klang itu timbul apabila pengarah KL United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar mendakwa KL City memiliki tunggakan berjumlah RM719,116.

Ad

Perkara ini telah pun dijawab oleh First Instance Body (FIB) yang menyatakan tiada tunggakan bayaran setakat 30 Jun 2023 berserta dengan surat lampiran.

Ad

“FIB telah menerima surat deklarasi daripada KWSP yang dihantar oleh KL City FC bertarikh 29 Mac 2024 yang menyatakan tiada tunggakan bayaran setakat 31 Disember 2023 beserta dengan surat lampiran.

Ad

“Jelas di sini, Jawatankuasa FIB telah memberikan lesen kepada KL City FC berdasarkan surat deklarasi pembayaran yang dikeluarkan oleh KWSP sendiri,” kata badan tersebut dalam satu kenyataan.

Menerusi satu perkembangan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau memaklumkan bahawa DBKL akan memberikan RM1 Juta kepada KL City.

“Hari ini sejumlah RM1 Juta telah dikreditkan ke account KLFA dari dana DBKL bagi urusan pembayaran gaji tertunggak.

“Difahamkan urusan pembayaran bakal dibuat pada Rabu kepada pemain,” ujarnya di Laman X.

Dana ini sudah pasti amat penting kepada pasukan bagi menyelesaikan gaji tertunggak sekaligus membolehkan pasukan terus bersaing dalam kancah Liga Super musim ini.