KL City Tiada Rehat, Mula Fokus Aksi Menentang Terengganu
MakanBola
KL City FC
Sponsors

Jurulatih KL City FC, Miroslav Kuljanac menyifatkan pasukan itu perlu melakukan persediaan awal untuk aksi liga seterusnya menentang Terengganu FC.

KL City ceria apabila mencatatkan kemenangan ketiga dalam liga untuk musim 2024/25. Kali ini, mereka menewaskan Sabah FC 3-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Ad

Gol sendiri pemain import Sang Badak, Ko Kwang-min, Paulo Josue dan Zhafri Yahya memastikan The City Boys meraih kemenangan selesa di gelanggang sendiri.

Ad

Lebih istimewa, perlawanan ini turut menyaksikan Josue menyamai rekod jaringan sepanjang zaman KL City yang dipegang Fandi Ahmad iaitu 67 gol.

Meskipun gembira dengan keputusan hari ini, Kuljanac enggan memandang enteng cabaran aksi liga seterusnya. Ini kerana Terengganu dibarisi ramai pemain berkualiti termasuk pemain kebangsaan.

Ad

Selain itu, jurulatih Croatia itu juga perlu mengambil kira kempen peringkat kumpulan Shopee Cup yang akan bermula pada pertengahan Ogos ini. Atas sebab itu, Kuljanac mahu memastikan masa yang ada dimanfaatkan untuk membina skuad mantap bila berdepan Terengganu.

Ad

“Kita tiada masa sebab dengan jadual sebegitu, kita juga akan menyertai ASEAN Club Championship sekitar Ogos. Saya fikir kita akan menghadapi beberapa perlawanan penting (ketika itu).

Ad

“Jadi, tempoh (10 hari) ini kita perlu membuat persiapan serius menentang Terengganu. Semalam, mereka menang. Saya fikir kita berkongsi mata sama dengan mereka (mengikut kedudukan liga,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

KL City bakal melayan kunjungan anak buah Tomislav Steinbruckner di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 10 Ogos ini.