Transfer
Kedah Darul Aman
Advertisements

Pemain sayap lincah pasukan Kedah Darul Aman FC, Mohammad Fayyadh Mohd Zulkilfi dikhabarkan tidak lagi kekal bersama pasukan Hijau Kuning setelah khidmatnya telah dipancing oleh salah sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang.

Menurut satu laporan yang dibawa oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 23 tahun ini difahamkan telah menerima tawaran daripada salah sebuah kelab di Lembah Klang yang dalam usaha untuk memantapkan persiapan pasukan menjelang musim baharu.

Bukan itu sahaja, beliau juga yang sebelum ini dilaporkan sudah pun mengikat kontrak selama 5 tahun bersama Kedah dengan klausa perpindahan yang termaktub sebanyak 5 juta pada tahun 2019 bersama-sama Fazrul Daniel sedia untuk ditebus oleh pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Persembahan Fayadh yang sangat cemerlang di bawah kendalian Aidil Sharin sehingga berjaya membantu pasukan untuk berada di tangga kedua liga sekaligus mengesahkan tempat ke saingan Piala AFC pada musim hadapan.

Pemain bertubuh kecil ini sudah pun beraksi sebanyak 18 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini dan juga berjaya mencatat 4 gol.

Sungguhpun sering masuk sebagai pemain gantian, namun peranan yang dimainkan oleh beliau amat besar melalui kepantasan dan kelincahan yang membuatkan pertahanan lawan sering kucar-kacir.

Advertisements

Ini juga menyebabkan harapan peminat Kedah untuk melihat gandingan Fayadh dan juga seorang lagi pemain sayap yang dikhabarkan sudah dipancing Kedah iaitu Al-Hafiz Harun tidak kesampaian setelah Fayadh memutuskan untuk meninggalkan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram