Eropah
King’s Lynn Town FC
Advertisements

Pemain warisan negara, Kobe Chong mendedahkan perbezaan ketara bola sepak Malaysia dan Eropah.

Advertisements

Tonggak berusia 22 tahun itu kini berada di Malaysia dan mendapat liputan hangat dalam kalangan peminat.

Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Malaysia dengan tiga kelab dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Menerusi satu temu bual besama Keesh Sundaresan di Stadium Astro, beliau mengakui teruja untuk berada di Malaysia buat kali kedua.

Kobe juga memberitahu bahawa beliau sudah mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisements

Bekas pemain Cagliari di Serie A ini berkongsi pandangan peribadinya mengenai perbezaan antara bola sepak England dan Malaysia.

“Ya, saya sekarang di National League North (divisyen keenam England), dua divisyen di bawah League Two (divisyen keempat England). Ia satu liga yang kompetitif. Saya lebih memilih menunjukkan permainan saya (di atas padang).

Advertisements

“Apabila penyokong, jurulatih dan staf melihat, saya biarkan mereka menilainya sendiri. Tapi pada saya, datang dari England dengan tahap (bola sepak) yang tinggi di sana. Saya fikir orang tak patut memandang rendah tahap (bola sepak) sana. Saya fikir atas sebab itu, tak ramai pemain Malaysia atau Asia pergi ke Eropah atau England,” jelasnya kepada Stadium Astro.

Beliau juga mengambil maklum tentang kehadiran beberapa pemain warisan dari England ke Malaysia seperti Darren Lok, Stuart Wilkin dan Lee Tuck.

Advertisements

” Ia satu liga yang berbeza. Sudah tentu Darren Lok (dan) Lee Tuck, mereka datang dari tahap yang sama dengan saya juga. Saya fikir saya, Darren dan Lee beraksi pada tahap tertinggi bagi pemain warisan atau naturalisasi.

“Kedua-duanya boleh menyertai skuad kebangsaan, kenapa tidak saya? Saya muda dan saya bermain secara profesional di Liga Kejohanan dan Serie A. Saya sudah lihat komen-komen tetapi itu tidak mengapa. Itulah kehidupan bola sepak,” ujarnya.

Kobe Chong kini dalam perbincangan dengan beberapa kelab di Liga Super menjelang perpindahan kedua namun masih belum membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram