Kobe Chong Hampir Pasti Ke JDT?
Dunia
Kobe Chong
Advertisements


Peluang untuk melihat aksi perancang tengah berbakat, Kobe Chong untuk beraksi di Malaysia semakin menjadi kenyataan.

Pemain berusia 20 tahun itu kini sudah pun menghabiskan waktunya untuk beraksi bersama pasukan Peterborough United apabila beliau menjadi salah seorang pemain yang bakal dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau difahamkan akan meninggalkan kelab yang berpangkalan di England itu bagi mencari haluan baharu sekaligus menguatkan lagi spekulasi beliau untuk beraksi di Malaysia.

Advertisements

JDT dikatakan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain tengah berbakat ini tatkala kontrak beliau juga dikatakan tidak lagi disambung.

Berita mengenai perpindahan Kobe Chong ke JDT ini semakin hangat diperkatakan apabila Harimau Selatan mengumumkan bahawa akan membawa masuk empat pemain.

Dua pemain dikhabarkan merupakan pemain tempatan manakala dua lagi pemain merupakan pemain tempatan.

Advertisements

Sekiranya perpindahan ini berlaku, beliau akan dibawa masuk di bawah kuota pemain tempatan kerana bekas pemain muda Cagliari ini mempunyai pertalian darah Malaysia.

Seorang lagi pemain yang dikhabarkan bakal dibawa masuk ialah Gonzalo Cabrerra.

Beliau juga pernah menyatakan hasrat dan kesediannya untuk mewakili Malaysia bawah 23 tahun namun tidak mendapat sebarang panggilan daripada FAM.

Advertisements

Kehadiran beliau ke kem JDT sudah pasti dapat menambah lagi kekuatan jentera tengah pasukan di samping pemain-pemain muda seperti Hong Wan dan lain-lain.

JDT mahu memanfaatkan peluang untuk menandatangani pemain bagi membenam cabaran Urawa Red Diamonds Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram