Advertisements
Kobe Chong Yakin Malaysia Capai Misi 7 Gol Berdepan Chinese Taipei
Harimau Malaya
MakanBola
King’s Lynn Town FC

Pemain tengah warisan Malaysia, Kobe Chong yakin skuad negara mampu merealisasikan misi mereka dalam aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026.

Perlawanan hari ini cukup penting buat anak buah Kim Pan-gon. Harimau Malaya berpotensi layak ke pusingan ketiga kelayakan dengan syarat merekodkan kemenangan besar sekurang-kurangnya tujuh gol ke atas Chinese Taipei.

Pada masa sama, mereka juga mengharapkan pendahulu kumpulan, Oman untuk menewaskan pasukan Asia Tengah, Kyrgyzstan dalam satu lagi aksi Kumpulan D.

Dalam satu hantaran video yang dihantar ke platform media sosial Future Talents, pemain tengah berusia 24 tahun itu mengakui misi malam ini bukan mudah buat Harimau Malaya.

Pada masa sama, selepas melihat suasana yang dicetuskan Ekor Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kobe percaya misi ini mampu direalisasikan skuad negara.

“Kobe di sini. Hanya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada skuad kebangsaan untuk perlawanan malam ini.

“Sudah tentu saya tahu banyak gol diperlukan tetapi (pernah) rasai dan nikmatinya. Harapnya anda semua mendapat keputusan yang anda perlukan.

“(Saya) ucapkan selamat berjaya (dan) bertemu dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya.

Kobe kini beraksi untuk kelab National League South (divisyen enam England), King’s Lynn. Sebelum ini, beliau pernah beraksi untuk beberapa pasukan seperti Cagliari, West Bromwich Albion, Peterborough United dan Barwell.

Kobe sebelumnya turut memberi bayangan akan terbang ke Malaysia dalam beberapa minggu lagi.