Pemain sayap Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran menafikan khabar angin bahawa beliau akan berpindah ke Terengganu FC dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).
Perkara ini dikongsikan menerusi ciapan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di Twitter hari ini.
Sebelum ini, khabar angin perpindahan bekas pemain sayap PJ City FC ke skuad Peteh dikongsikan oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly.
Kogileswaran ketika ini berstatus ejen bebas selepas meninggalkan Chungbuk pada awal Julai lalu.
Untuk rekod, bekas pemain sayap lincah Harimau Muda itu menyertai Chungbuk dengan kontrak setahun pada Januari lalu.
Bagaimanapun, Kogileswaran hanya merekodkan satu penampilan bersama pasukan itu dalam pusingan ketiga Korean FA Cup menentang kelab K4 League, Seoul Jungnang pada akhir Mac lalu.