Kogileswaran Raj Disambut Seperti Wira Oleh Penyokong Chungbuk Cheongju
Asia
Fauzi Sabli / CHFC
Advertisements

Pemain sayap Chungbuk Cheongju, Kogileswaran Raj disambut baik para peminat dan penyokong pasukan selepas melakukan penampilan pertama bersama kelab baharunya.

Menjadi salah seorang watak penting ketika membawa Chungbuk Cheongju mencatat kemenangan dalam aksi Korean FA Cup pada kelmarin, Kogi mendapat perhatian peminat-peminat yang menunggu di perkarangan luar stadium.

Dalam satu video yang dimuat naik laman Twitter Harimau Abroad, Kogi dilihat cukup gembira apabila diraikan dengan cukup mesra oleh para penyokong disana.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun itu mengambil kesempatan tersebut melayan kehadiran peminat-peminatnya dengan berswafoto bersama dan menandatangani di beberapa buah bola serta jersi.

Yang lebih menariknya, turut kedengaran paluan gendang meraikan Kogi dengan chant khas yang dibuat buat satu-satunya pemain Malaysia yang berpangkalan di Korea ketika ini.

Persembahan memukau Kogi ketika Chungbuk Cheongju mencatat kemenangan 3-0 keatas Seoul Jungnang dilihat bakal menjadi batu loncatan awal untuk Kogi merebut tempat dalam pasukan. Penampilannya itu turut mendapat pujian ramai penyokong yang meninggalkan komen-komen positif di laman media sosial rasmi kelab.

Advertisements

Chungbuk bakal menentang pasukan Gangwon di pusingan ketiga saingan Korean FA Cup. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 12 April kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram