Kogileswaran Terkejut Dengan Kualiti Liga Korea
Asia
CHFC_2023
Advertisements

Pemain sayap negara, Kogileswaran Raj tudak menyangka dengan kualiti bola sepak yang dipamerkan oleh saingan liga di Korea.

Umum mengetahui bahawa pemain berusia 25 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab K2 League, Chungbuk Cheongju FC setelah dilepaskan oleh PJ City FC.

Beliau baru sahaja melakukan debut yang cukup luar biasa tatkala membantu pasukannya mencatat kemenangan 3-0 dalam saingan pusingan kedua Piala FA Korea.

Advertisements

Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, pemain yang mesra disapa Kogi ini bagaimanapun menyatakan rasa teruja terhadap kualiti yang dipamerkan oleh liga di sana.

Beliau juga mengakui bahawa jangkaannya terhadap tahap kompetitif liga di Korea amat meleset.

“Sebelum saya tiba, sejujurnya saya tidak menyangkakan bahawa Liga 2 Korea ini akan sekompetitif ini.”

Advertisements

“Apabila saya tiba di sini saya memang terperanjat lihat bola sepak di sini. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.”

Kogi turut menjelaskan bahawa beliau mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.

“Permainan di sini agak laju dan tempo permainnya agak tinggi,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Beliau dijangka akan terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan selepas melakukan debut yang cukup sempurna.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram