Kontrak Baru Bintang Newcastle Terselit Klausa Barcelona?
MakanBola
Newcastle United
Sponsors

Pemain tengah Newcastle United, Bruno Guimaraes baru sahaja menandatangani kontrak baru dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu namun difahamkan kontrak baru bintang tersebut terselit klausa Barcelona.

Melalui satu laporan daripada Daily Mail, Bruno difahamkan baru sahaja menyatakan persetujuan untuk kekal bersama Newcastle sehingga tahun 2028.

Ad
Sponsors

Kontrak yang ditandatangani pemain kebangsaan Brazil itu juga turut mengandungi klausa rahsia yang membenarkan Barcelona untuk membeli Bruno dengan tanda harga 60 juta pound sterling.

Ad

“Pemain tengah Brazil itu bersetuju melanjutkan tempoh lima tahun sehingga 2028 awal bulan ini dengan klausa pelepasan £100 juta dimasukkan.

“Bagaimanapun, menurut laporan di Sepanyol, klausa akan membenarkan dia menandatangani kontrak dengan Barcelona dengan harga sekitar £60 juta,” lapor Daily Mail.

Ad

Bruno yang berusia 26 tahun telah menunjukkan permainan bermutu tinggi bersama Newcastle sejak hadir ke kelab berkenaan pada Januari 2022.

Ad

Sepanjang musim lalu, Bruno telah beraksi dalam 50 perlawanan bersama Newcastle dalam semua pertandingan dengan turut merekodkan 7 jaringan serta 10 bantuan gol.

Ad

Ketika ini, harga pasaran Bruno adalah sekitar 85 juta pound namun jika klausa ke Barcelona itu diaktifkan, Barcelona akan untung besar dengan hanya perlu membayar 60 juta pound sahaja.