Kontrak Kobe Chong Bersama Telford United Dibatalkan
MakanBola
AFC Telford United
Sponsors

Kontrak pemain kacukan Malaysia-England, Kobe Chong telah pun ditamatkan bersama AFC Telford United secara persetujuan bersama.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai pasukan divisyen ke-6 itu pada pertengahan musim lalu dan telah pun melakukan lebih daripada 14 penampilan bersama pasukan.

Ad

Beliau dilihat memainkan peranan yang cukup penting untuk membawa cabaran pasukan namun jodohnya kelihatan tidak lama.

Ad

Menerusi satu pengumuman rasmi oleh kelab, pihak Telford memaklumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bersama untuk membatalkan kontrak bekas pemain Peterborough ini.

“AFC Telford United boleh mengesahkan kami telah bersetuju untuk membatalkan kontrak Kobe Chong.”

Ad

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala usahanya dan mendoakan kesejahteraannya pada masa hadapan.”

Ad

Destinasi beliau sudah tentu menjadi tanda tanya selepas terdapat khabar angin yang mengaitkan beliau pulang ke Malaysia.