Kontrak Kogileswaran Bersama Chungbuk Cheongju Sudah Tamat?
Asia
Kogiraj21
Advertisements

Perkembangan berkaitan pemain sayap negara, Kogileswaran Raj sudah lama tidak kedengaran namun perjalanan beliau di Korea Selatan bersama kelab divisyen dua, Chungbuk Cheongju FC difahamkan sudah berakhir.

Pemain berusia 24 tahun itu memilih untuk berhijrah ke Korea Selatan sungguhpun menerima beberapa tawaran dari kelab Asia Tenggara.

Masa depan bekas pemain PJ City ini berlangsung penuh pasang surutnya tatkala beliau hanya beraksi dalam satu perlawanan di sana.

Advertisements

Menerusi catatan terbaru di laman Transfermarkt, kontrak Kogileswaran difahamkan bersama kelab tersebut hanya bertahan selama 6 bulan.

Kogileswaran menyertai Chungbuk Cheongju pada awal Januari lalu bermula dengan sedikit perlahan selepas mengakui perlu mendapatkan keserasian bersama rakan sepasukan dan menyesuaikan diri dengan keadaan Liga Korea.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan bahawa beliau akan pulang ke Malaysia dan menyertai Terengganu namun telah dinafikan oleh pemain tersebut.

Advertisements

Ketika ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kedua-dua pihak tatkala bayang-bayang pemain Malaysia ini sudah tidak lagi kelihatan dalam sesi latihan pasukan.

Kogileswaran menjadi pemain pertama Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Korea Selatan sekaligus berpeluang untuk membuka mata kelab di sana tentang kemampuan pemain negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram