Korea Open: Pearly Tan-M. Thinaah Ke Final, Singkirkan Regu No. 2 Dunia
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Perjuangan regu kesembilan dunia, Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Korea Open 2024 diteruskan ke peringkat akhir.

Regu wanita utama Malaysia itu mempamerkan permainan mantap sebelum menyingkirkan regu nombor dua dunia dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee.

Ad

Selepas berjaya menyingkirkan regu Chinese Taipei, Teng Chun Hsun dan Yang Chu Hyun di peringkat suku akhir, Pearly-Thinaah semakin bersemangat memburu slot final.

Ad

Ha-na dan So-hee menjadi penghalang antara mereka dan slot final. Dan regu Korea Selatan itu pernah menewaskan Pearly-Thinaah di Malaysia Masters 2023. Regu negara itu memberi tentangan sengit sebelum tunduk dengan keputusan 22-20, 8-21, 21-17.

Set pertama menyaksikan pada awalnya, Ha-na-So-hee mendahului regu negara pada kedudukan 7-5. Walau bagaimanapun, Pearly-Thinaah berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 7-7.

Ad

Bekas juara French Open 2022 itu kemudiannya mendahului pada kedudukan 15-12. Meskipun cuba dikejar regu tuan rumah, Pearly-Thinaah kekal unggul sebelum menang dengan keputusan 21-18.

Ad

Set kedua menyaksikan Ha-na-So-hee memulakan perlawanan dengan agresif. Pada awalnya, mereka mendahului regu negara pada kedudukan 5-2.

Ad

Beberapa kesilapan yang dilakukan regu tuan rumah membuka ruang buat Pearly-Thinaah untuk memintas dan mendahului pada kedudukan 11-9.

Meskipun menerima sokongan padu penyokong di Stadium Tertutup Mokpo, Ha-na-So-hee tidak berupaya mengejar regu negara. Dan itu sudah cukup buat Pearly-Thinaah meraih kemenangan dengan keputusan 21-13.

Kejayaan ini bukan saja hadiah Pearly-Thinaah kepada Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-67. Malah, mereka menjadi wakil Malaysia kedua di final Korea Open 2024 selepas beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei.

Pearly-Thinaah bakal berdepan satu lagi wakil Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong di pentas final pada 1 September ini.