Aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pusingan ketiga malam ini menyaksikan Korea Selatan peroleh kemenangan berharga selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Jordan.
Korea Selatan membariskan bintang seperti Kim Min Jae, Hwang Hee-Chan dan Lee Kang In sementara Jordan Ali Olwan, Yazan Al-Arab dan Mahmod Al Mardi di jentera serangan.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Peluang terbaik Jordan pada minit ke-4 permainan menerusi Mahmoud Al Mardi yang melepaskan rembatan namun hanya terkena tiang gol lawan.
Pada minit ke-38 permainan, Lee Jae-sung meletakkan Korea Selatan dihadapan selepas mudah menanduk masuk hantaran lintang daripada Yong-Woo Seol.
Separuh masa pertama tamat, Jordan 0-1 Korea Selatan.
Korea Selatan terus menambah jaringan di separuh masa kedua pada minit ke-68 permainan menerusi Hyun Gyu Oh dengan rembatan deras dalam kotak penalti selepas melepasi dua pemain pertahanan Jordan.
Tujuh minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Korea Selatan bawa pulang tiga mata berharga tundukkan Jordan, 2-0.
Ketika ini, Korea Selatan berada di tangga teratas kumpulan B dengan 7 mata sementara Jordan kekal di tangga ketiga dengan empat mata bagi saingan kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga.
Korea Selatan akan berdepan Iraq bagi perlawanan seterusnya pada 15 Oktober ini dan Jordan pula bertemu Oman pada 16 Oktober depan.