Korea Selatan ‘Bantai’ Skuad Wanita Thailand 10-1
UltraSukan
KFA
Sponsors

Skuad bola sepak wanita Korea Selatan memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 dengan langkah kanan apabila membelasah Thailand 10-1.

Lebih manis, Casey Yujin Phair turut mencipta rekod tersendiri sebagai pemain wanita kedua termuda menjaringkan gol untuk Korea Selatan pada usia 16 tahun dan 119 hari.

Ad
Sponsors

Casey yang berdarah Amerika-Syarikat-Korea meletakkan Taeguk Ladies di hadapan pada minit ke-33. Chun Ga-ram melebarkan kelebihan mereka menerusi gol kedua pada minit ke-36.

Ad

Tiga minit selepas itu, Kang Chae-rim pula menyumbat gol ketiga untuk Korea Selatan. Keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, Taeguk Ladies terus menambah derita skuad wanita Thailand dengan gol kedua Ga-ram pada minit ke-49.

Ad

Dalam tempoh dua minit, Chae-rim dan Phair masing-masing menambah gol pada minit ke-54 dan 56.

Ad

Pemain muda itu kemudiannya melengkapkan hatrik pada minit ke-66. Dua minit selepas itu, giliran Lee Geum-min pula mencipta nama sebagai penjaring.

Ad

Moon Mi-ra mencatat gol kesembilan buat Korea Selatan pada minit ke-72. Ga-ram melengkapkan hatriknya pada minit ke-75 bagi memastikan Taeguk Ladies mendahului 10-0.

Thailand meraih gol saguhati menerusi Rinyapat Muldong pada minit ke-93. Keputusan 10-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas ini, mereka berdepan negara jiran Korea Utara untuk aksi kelayakan seterusnya pada 29 Oktober ini.

Pertemuan ini dianggap sukar kerana Korea Selatan hanya menang sekali daripada 20 pertemuan sebelum ini.