Advertising
Korea Selatan Bawa Skuad Ampuh Berdepan Malaysia
MakanBola
Korea FA
Sponsors

Dengan Malaysia berada dalam kumpulan Piala Asia 2023 yang sama dengan Korea Selatan, pasukan itu dijangka menurunkan skuad terkuat mereka untuk kejohanan itu.

Meskipun pengumuman skuad Piala Asia itu bakal dibuat pada 28 Disember ini, ramai penyokong Korea Selatan boleh meneka siapa yang bakal dibawa oleh Jurgen Klinsmann.

Ad

Pemain-pemain Korea Selatan yang berpangkalan di luar negara dijangka membentuk teras pasukan.

Ad

Antara pemain yang dijangka dipilih ialah kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min, Kim Min-jae (Bayern Munich), Cho Gue-sung (FC Midtjylland) dan Lee Kang-in (Paris Saint-Germain).

Sementara duo Ulsan HD, Jo Hyeon-woo dan Kim Young-gwon pula dijangka mengetuai barisan pemain K-League 1 dalam pasukan yang diberi jolokan Pahlawan Taeguk itu.

Ad

Satu pemain yang dijangka tidak dipilih ialah penyerang Norwich City, Hwang Ui-jo. Ini disebabkan penyerang berusia 31 tahun itu sedang berdepan siasatan pihak berkuasa.

Ad

Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) mengumumkan Ui-jo digantung daripada menerima panggilan skuad kebangsaan Korea Selatan.

Klinsmann mempunyai pilihan dengan memanggil penyerang Celtic, Oh Hyeon-gyu atau penjaring terbanyak Ulsan HD, Joo Min-kyu bagi memperkuat bahagian serangan.

Tidak kira siapa yang bakal dipanggil jurulatih Jerman itu pada 28 Disember ini, Harimau Malaya akan menjanjikan tentangan kepada Korea Selatan yang menduduki ranking ke-23 dunia.

Ketika ini, 16 pemain telah melapor diri ke kem Pahlawan Taeguk dengan pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara dijangka menyusul kemudian.

Malaysia bakal berdepan Korea Selatan dalam aksi ketiga Kumpulan E pada 25 Januari 2024.