Asia
KFA
Advertisements

Aksi persahabatan antarabangsa melibatkan Korea Selatan dan Tunisia berakhir dengan kemenangan besar 4-0 Korea ke atas Tunisia.

Advertisements

Kim Min Jae turun selaku kapten pasukan Korea Selatan manakala bintang Spurs, Son Heung Min berada dalam senarai pemain simpanan.

Tunisia mempertaruhkan bakat muda Manchester United, Hannibal Mejbri dibahagian serangan pasukan dalam perlawanan ini.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan namun kualiti permainan yang dipersembahkan Korea berjaya menandingi pasukan Tunisia.

Bermula babak kedua, Korea berjaya meraih gol pertama menerusi sepakan percuma pemain PSG, Lee Kang-In pada minit ke-55 perlawanan.

Advertisements

Selang dua minit kemudian, Lee Kang-In sekali lagi mencetak nama untuk gol kedua Korea sekali gus memberi tekanan kepada pasukan Tunisia.

Korea Selatan mudah mengucar-kacirkan pertahanan Tunisia dalam serangan balas sekali gus memberi peluang kepada Lee Kang-In untuk menjaringkan gol kedua Korea.

Advertisements

Pemain Tunisia, Y. Meriah melakukan kesilapan pada minit ke-66 sekali gus memberikan gol ketiga kepada Korea Selatan.

Hwang Ui-Jo selaku pemain gantian melengkapkan kemenangan selesa Korea Selatan apabila menjaringkan gol keempat sewaktu perlawanan memasuki masa tambahan.

Advertisements

Tunisia ternyata gagal mengatasi dominasi permainan Korea Selatan yang merupakan gergasi Asia ketika ini.

Tamat perlawanan, Korea Selatan berjaya menewaskan Tunisia dengan jaringan 4-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram