Skuad Korea Selatan bakal bertemu pasukan tuan rumah China untuk aksi suku akhir Sukan Asia namun rekod gol Korea Selatan kini mencuri perhatian ramai.
Korea Selatan kini mengetuai rekod jaringan terbanyak dalam bola sepak Sukan Asia Hangzhou apabila telah menjaringkan 21 gol hanya dalam 4 perlawanan.
Skuad kendalian Hwang Sung-Hong itu merekodkan kemenangan besar 9-0 ke atas Kuwait, menang 4-0 ke atas Thailand dan 3-0 ke atas Bahrain dalam peringkat kumpulan.
Terbaru, mereka menang 5-1 ke atas Kyrgyzstan dalam pusingan 16.
Aksi suku akhir nanti bakal menguji kemampuan kedua-dua pasukan memandangkan hanya pasukan China yang menjaringkan gol terbanyak dalam 4 perlawanan selepas Korea Selatan dengan jumlah 10 gol.
Pemain tengah Stuttgart, Jeong Woo-Yeong kini mengetuai carta penjaring terbanyak acara bola sepak Sukan Asia dengan rekod 5 jaringan.
2 lagi pemain Korea turut berada ditangga kedua carta iaitu Cho Young-Wook dan Paik Seung-Ho dengan jumlah 3 gol.
Korea Selatan kini mempunyai 10 pemain berbeza yang berjaya menjaringkan gol dalam kejohanan Sukan Asia ketika ini.
Malah rekod bolos Korea Selatan juga mengagumkan apabila hanya melepaskan 1 gol iaitu sewaktu menentang Kyrgyzstan.
Korea Selatan yang turut pernah memenangi pingat emas pada tahun 2014 dan 2018 kini antara pasukan kegemaran untuk merangkul pingat emas Sukan Asia bagi edisi 2023.
Korea Selatan bakal bertemu China pada 1 Oktober ini untuk merebut slot ke separuh akhir Sukan Asia Hangzhou 2023.