Advertising
Korea Selatan Berpesta Gol Ke Atas Uzbekistan
UltraSukan
AFC Asian Cup
Sponsors

Skuad wanita Korea Selatan Bawah 20 Tahun (B-20) mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Asia Wanita B-20 2024 hari ini.

Ini selepas mereka membelasah wakil Asia Tengah, Uzbekistan 13-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A yang berlangsung pada hari ini.

Ad

Hong Chae-bin membuka tirai pesta gol Korea Selatan dengan gol pertama pada minit kelapan. Dua minit selepas itu, Yang Eun-seo mencipta nama sebagai penjaring.

Ad

Kim Jih-hyeon dan Chae-bin terus meletakkan Korea Selatan di hadapan dengan masing-masing meledakkan gol pada minit ke-20 dan 22.

Chae-bin kemudiannya mencipta hatrik dengan menyumbat gol kelima pada minit ke-34. Hwang Da-yeong memastikan Korea Selatan mendahului 6-0 semasa rehat dengan gol keenam pada minit ke-47.

Ad

Bersambung selepas rehat, Eun-seo melebarkan lagi kelebihan Korea Selatan dengan gol ketujuh pada minit ke-49. 12 minit selepas itu, Da-yeong meledakkan gol kelapan pada minit ke-61.

Ad

Eun-seo mencipta hatrik pada minit ke-66. Nam Seung-eun, Kang Eun-young, Eom Mink-young dan Jeon Yu-gyeong melengkapkan pesta gol Korea Selatan dengan gol pada minit ke-70, 74, 83 dan 89.

Ad

Pesta gol ini memastikan Korea Selatan menamatkan kempen Kumpulan A sebagai naib juara di belakang juara kumpulan, Australia.

Korea Selatan bakal berdepan juara Kumpulan B untuk aksi separuh akhir kejohanan pada 13 Mac ini.