Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah kebangsaan, Natxo Insa menzahirkan rasa teruja dapat bersama kem kebangsaan di pentas Piala Asia kali ini.

Advertisements

Diundi dalam saingan Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan, Natxo meletakkan keyakinan dan kepercayaan dengan kemampuan skuad Kim Pan-gon ketika ini. Beliau yakin Malaysia mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan jaguh Asia.

“Saya sangat gembira berada dalam kem kebangsaan. Kejohanan ini amat penting buat semua, saya harap kehadiran saya dapat membantu pasukan.”

Advertisements

“Sudah lebih 20 tahun bermain sebagai pemain bola sepak professional, barangkali ketika aksi yang sukar kehadiran saya dapat mengawal permainan. Tapi skuad kita ini cukup lengkap, kita juga ada ramai pemain muda yang beraksi dalam banyak perlawanan tahun ini dan pastinya mereka juga miliki pengalaman. Ini merupakan perkara yang baik buat kem kebangsaan.”

Pemain kacukan Malaysia/Sepanyol ini juga berkongsi penpapatnya tentang pasukan Korea Selatan. Bagi Natxo, Korea, Bahrain dan Jordan miliki kelebihan tersendiri.

Advertisements

“Ya, sudah pasti mereka merupakan pasukan yang bagus. Tapi kita miliki skuad yang ampuh, kita ada pemain muda berbakat jadi tak salah kalau kita sasar untuk layak ke peringkat seterusnya. Kita perlu percaya dan berusaha berikan terbaik perlawanan setiap perlawanan.”

Malaysia bakal memulakan kempen Piala Asia 2023 berdepan Jordan pada 15 Januari sebelum menentang Bahrain pada Sabtu 20 Januari. Aksi terakhir peringkat kumpulan menyaksikan Harimau Malaya bakal berdepan Korea Selatan pada 25 Januari.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram