Advertising
Korea Terima Hukuman Berat FIFA
Asia
MakanBola
Japan FA

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman berat kepada Korea berhubung pembatalan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah menetapkan bahawa kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada Jepun selepas aksi yang dijadualkan telah pun terbatal.

Ad

Pembatalan aksi ini juga menyaksikan Jepun berjaya merekodkan kemenangan mudah kali ke-4 leringkat kumpulan untuk melayakkan diri lebih awal ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Pengerusi Bola Sepak Jepun (JFA) berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh FIFA sambil melihat perjalanan pasukannya semakin baik.

“Kami menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA awal pagi ini tentang keputusan bagi aksi yang tidak dimainkan di Pyeongyang pada 26 Mac.”

Ad

“Saya rasa bagus status aksi ini telah dikemas kini. Bagi menghidupkan peluang cerah di Kelayakan Piala Dunia 2026, saya mahu jurulatih, kakitangan dan pemain terus membuat persiapan yang baik dan menghadapi perlawanan,” ujarnya memetik laporan JFA.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Jepun terus mendahului carta Kumpulan B dengan 12 mata sementara Korea Utara di tangga ketiga dengan 3 mata selepas 4 perlawanan.

Ad