Korea Utara Muncul Juara Piala Asia Wanita U20, Tundukkan Jepun
UltraSukan
AFC Asian Cup
Advertisements

Skuad wanita Korea Utara Bawah 20 Tahun (B-20) terpaksa bekerja keras sebelum bergelar juara Piala Asia Wanita B-20 edisi 2024.

Pasukan yang diberi jolokan The Eastern Azaleas itu muncul juara dengan mengatasi cabaran Jepun dalam aksi final yang berlangsung di Stadium JAR, Tashkent.

Perlawanan ini turut disifatkan perlawanan balas dendam buat Jepun. Ini selepas mereka tewas 1-0 kepada lawan sama di peringkat kumpulan pada 10 Mac lalu.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan tampak seimbang dan berusaha mengawal tempo perlawanan.

Bagaimanapun, Jepun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang, Ai Tsujisawa pada minit ke-20.

Keceriaan kem Jepun tidak bertahan lama apabila bek tengah, Jon Ryong-jong mengikat kedudukan 1-1 buat kedua-dua pasukan pada minit ke-44. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol kemenangan. Malangnya, penyudah tumpul menyukarkan usaha mereka.

Ini mendorong jurulatih Nadeshiko, Michihisa Kano dan jurulatih The Eastern Azaleas, Ri Song-ho masing-masing membuat pertukaran bagi menambah ketajaman di bahagian serangan.

Percaturan Song-ho membuahkan hasil apabila Ryong-jong muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-86.

Advertisements

Itu sudah cukup buat Korea Utara bergelar juara Piala Asia Wanita B-20 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram