Kpah Sherman Sah Sarung Jersi Terengganu FC Musim Hadapan
Transfer
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman disahkan beraksi bersama pasukan Terengganu FC (TFC) musim hadapan.

Pemain antarabangsa Liberia berusia 29 tahun itu merupakan penyerang prolifik dan berjaya membantu pasukan Kedah menjadi naib juara Liga Super musim lepas. Selain itu beliau juga membantu pasukan Kedah mara hingga ke suku akhir Piala Malaysia.

Ternyata desas-desus yang bertebaran bahawa beliau bakal beraksi bersama pasukan Terengganu adalah benar sama sekali. Kpah Sherman dijangka bakal membentuk gandingan mantap bersama seorang lagi penyerang import yang dikekalkan Terengganu iaitu Jordan Mintah.

Advertisements

Pada musim lepas, Kpah Sherman ternyata berbisa bersama pasukan Kedah apabila meledak keseluruhan 14 gol dengan 4 bantuan gol disumbangkan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Jodoh Kpah bersama pasukan Kedah berakhir selepas 2 musim bersama. Walaupun pihak pengurusan Kedah mahu menyambung kontrak pemain ini, namun Kpah mengambil keputusan untuk beraksi dengan pasukan lain pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram