Dunia
hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Super musim ini jelas sekali mengundang kemarahan penyokong setia pasukan yang digelar Red Giants itu.

Pada aksi Liga Super semalam, Selangor telah tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) di laman sendiri. Kekalahan kepada PJ City itu merupakan kekalahan ke-4 berturut-turut Selangor dalam saingan liga.

Rentetan kepada kekalahan berterusan itu, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim atau TMJ ada memberikan pendapat mengenai situasi yang melanda kem Selangor. TMJ merasakan pihak atasan pengurusan yang terdiri daripada beberapa individu itu mengambil pendekatan untuk lepas tangan.

Advertisements

“Yang melantik CEO, beli pemain, beri jawatan kepada kroni. Kroni takkan “lepas tangan”? Izhar, Farouk, Simon, Johan. Tunjuk sikap tanggungjawab. Jumpa dengan penyokong Selangor,” luah TMJ di instagram miliknya.

WhatsApp Image 2022 08 22 at 8.54.22 AM "Kroni Takkan Lepas Tangan?"- TMJ
Instagram story dari TMJ yang ditujukan khas kepada pengurusan Selangor FC.

Sudah tentu para penyokong Selangor mahukan penjelasan yang lebih mendalam mengenai apa yang terjadi dalam kem Selangor musim ini. Adalah lebih baik untuk mendengarnya sendiri daripada pihak pengurusan Selangor.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram