Kronologi Tragedi Rusuhan Di Indonesia Yang Meragut 129 Nyawa
Dunia
Advertisements

Arena bola sepak Indonesia dikejutkan dengan satu tragedi rusuhan yang berlaku selepas perlawanan yang melibatkan Arema FC yang melayan kunjungan musuh tradisi, Persebaya Surabaya. Perlawanan berakhir dengan kekalahan buat Arema 3-2.

Tragedi tersebut juga telah meragut 129 nyawa sekali gus menjadi satu tragedi hitam bola sepak di Indonesia. Seorang penyokong Arema yang dikenali dengan nama Rezqi Wahyu telah berkongsi kronologi kejadian itu di laman twitter beliau.

Sebelum bermula rusuhan melampau tersebut, beberapa kali keadaan huru-hara berlaku namun dapat ditenangkan oleh pihak berkuasa.

Advertisements

“Ketika wisel penamat ditiupkan, dan Arema perlu menerima kekalahan. Di sinilah semuanya bermula. Pemain Arema tertunduk lesu dan kecewa.

“Jurulatih dan pengurus pasukan Arema menghampiri penyokong dengan menunjukkan isyarat permohonan maaf. Namun terdapat seorang penyokong yang merusuh masuk ke dalam padang untuk mendekati Maringa (penjaga gol Arema) dan Sergio Silva (pertahanan Arema) difahamkan sedang memberikan motivasi dan kritikan kepada pemain Arema,” jelas Rezqi.

Keadaan semakin tidak terkawal kerana ramai penyokong Arema mula masuk ke dalam padang dan pelbagai jenis barangan dibaling ke arah padang.

Advertisements

“Namun, semakin ramai yang datang (kepada pemain Arema), keadaan semakin menjadi huru-hara kerana di segenap stadium mula meluahkan kekecewaan terhadap pemain diikuti dengan pelbagai jenis barang mula dibaling ke padang.

“Akhirnya para pemain diiringi masuk ke bilik persalinan oleh pihak berkuasa. Setelah pemain masuk, keadaan penyokong semakin tidak terkawal dan semakin ramai yang masuk ke padang.

“Polis melepaskan gas pemedih mata beberapa kali ke arah penyokong di lapangan. Satu demi satu, penyokong menyerang pihak berkuasa.

Advertisements

“Ramai wanita, ibu bapa dan anak kecil yang kelihatan, tidak berdaya, tidak dapat menyertai orang ramai untuk keluar dari stadium. Difahamkan akibat terkena gas pemedih mata. Semua pintu keluar penuh dan sesak.

“Keadaan di luar stadium sudah sangat tegang.. Ramai penyokong yang sesak nafas, menjerit dan menangis. Penyokong berlumuran darah, kereta hancur, kata makian, bata, besi dan buluh berterbangan.” katanya lagi.

Disebabkan insiden berdarah itu, difahamkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membuat keputusan bahawa Liga 1 Indonesia bakal direhatkan selama seminggu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram