Kuadran Malaysia muncul juara dunia buat kali pertama apabila menewaskan India di pentas final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 acara itu di Stadium Titiwangsa.
Selepas menyingkirkan Vietnam dalam perlawanan tiga set di peringkat separuh akhir, kuadran Malaysia kini berharap untuk meraih gelaran juara dunia.
Meskipun begitu, India menjadi penghalang antara kem negara dan gelaran juara. India mara ke final selepas menyingkirkan Myanmar dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Bekas pemain Negeri Sembilan Antlers, Akash Yumnam menjadi sebahagian daripada kuadran India. Afifuddin Razali dan Shahalril Aiman menjadi senjata utama kuadran Malaysia.
Set pertama menyaksikan kedua-dua kuadran bersaing sengit mendapatkan mata. Meskipun pada satu ketika ketinggalan, itu tidak menghalang Malaysia meraih kemenangan dengan keputusan 17-15.
Set kedua menyaksikan kedua-dua kuadran mengulangi skrip sama pada set pertama. Pada satu ketika, kedua-dua kuadran terikat pada kedudukan 7-7.
Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan kuadran India membolehkan Malaysia mendahului 10-7. Itu sudah cukup buat kuadran negara muncul juara dengan kemenangan 15-10.
Kejayaan ini dilihat cukup manis kerana India antara pilihan utama dalam acara kuadran. Pada masa sama, kejayaan ini turut menebus kekecewaan kem negara selepas terkandas di peringkat separuh akhir acara regu.
Malaysia kini mengalihkan fokus kepada acara regu berpasukan selepas tamat acara regu dan kuadran.