“Kualiti Liga Thailand Jauh Di Atas Indonesia” – Asnawi Mangkualam
Asia Tenggara
K League
Advertisements

Kapten pasukan Indonesia, Asnawi Mangkualam berpendapat bahawa tahap kualiti liga Thailand kini jauh berada di atas liga Indonesia.

Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu telah berkongsikan perkara tersebut dalam sebuah temu ramah yang dimuat naik di laman media sosial X milik Goal Indonesia.

Asnawi Mangkualam menyertai pasukan Port FC pada awal tahun ini setelah hampir 3 tahun berkelana di liga Korea Selatan dan pernah bermain untuk pasukan Ansan Greeners dan Jeongnam Dragons.

Advertisements

“Tentunya memang kualiti liga Thailand jauh masih di atas Indonesia dan Vietnam dan memang kualiti liganya jauh lebih baik.”

“Ya kerana Port FC jauh lebih serius dalam jendela perpindahan waktu itu. Kalau tawaran memang ada tetapi ada beberapa aspek yang tidak sesuai makanya ia tidak terjadi.”

“Berpuasa tidak menjadi masalah kerana disana (Thailand) latihan bermula pukul 5 dan itu tak menjadi masalah buat saya. Makanan memang agak sukar cuma kadang-kadang saya memasak dan makan makanan jenis western.” ujar Asnawi Mangkualam.

Advertisements

Pemain utama Indonesia itu kini telah melakukan 5 penampilan buat Port FC yang sedang menduduki tangga ketiga liga Thailand dengan mengumpul 41 mata hasil 12 kemenangan, 5 seri dan 4 kekalahan.

Asnawi turut meraih sokongan penting individu berpengaruh dalam bola sepak Thailand, Madame Pang yang kini merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) ketika beraksi di liga Thailand.

Pemain pertahanan Indonesia ini turut sempat mengucapkan terima kasih kepada Madame Pang yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya dan juga pasukan Port FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram