Kualiti Setara Juan Muniz & Nazmi Faiz
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz dan Nazmi Faiz telah menampilkan kualiti sebagai pemain bola sepak profesional sewaktu menjalani latihan pasukan.

Kedua-dua pemain yang merupakan pemain tengah ofensif telah menonjolkan kualiti penyudah yang tajam dihadapan gawang gol.

Teknik dan ketenangan dua pemain ini menyambut bola serta melakukan rembatan kencang telah dikongsikan oleh JDT dilaman media sosial rasmi Johor Southern Tigers.

Advertisements

Nazmi Faiz yang kini dipuncak karier masih setia bersama JDT setelah menyertai pasukan itu sejak akhir tahun 2016.

Pemain tengah berusia 30 tahun ini menyumbang 2 gol penting dalam saingan Piala Malaysia musim lalu untuk membantu JDT mendakap Piala Malaysia 2023.

Juan Muniz pula tiba pada awal tahun 2023 dan kini merupakan tahun kedua beliau menyarung jersi Harimau Selatan.

Advertisements

Pemain kelahiran Sepanyol ini merupakan pemain penting JDT dalam saingan liga pada musim lalu apabila merekodkan 9 gol serta 6 bantuan jaringan dalam 23 penampilan Liga Super.

Malah Juan Muniz turut mencetak satu gol sewaktu JDT berdepan BG Pathum United dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang menyaksikan JDT menang selesa dengan jaringan 4-2.

Dua pemain ini masih berada dalam perancangan Hector Bidoglio bagi musim 2024/25 bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan JDT.

Advertisements

Selain Nazmi Faiz dan Juan Muniz, JDT turut diperkuatkan beberapa pemain tengah seperti Jalil Elias, Afiq Fazail, Hong Wan, Syamer Kutty, Natxo Insa, Endrick dan Chico Geraldes.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram