Kualiti Siaran Liga Malaysia Dipuji Setanding La Liga
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Arena penyiaran bola sepak Liga Malaysia kembali menjadi bualan para peminat tanah air selepas kualiti siaran yang dipamerkan setanding di Eropah.

Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan JDT menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kembali menjadi bualan selepas berlakunya beberapa kejutan buat penonton yang mengikuti dari kaca televisyen.

Ad
Sponsors

Pada awalnya, siaran difahamkan telah dibantu oleh robot yang dipercayai adalah robot kamera atau di luar negara yang lebih dikenali sebagai Robotic Dolly.

Ad

Perkembangan ini sekaligus membantu kualiti penyiaran yang lebih baik dan disamakan dengan kualiti siaran di La Liga Sepanyol.

Berdasarkan tontonan yang disiarkan oleh RTM, penonton ternyata amat berpuas hari dengan usaha untuk menyajikan siaran terbaik kepada semua.

Ad

Malah, sudut pandang yang lebih jelas dari segenap penjuru padang dapat membantu para penonton untuk merasai pengalaman yang lebih baik dari kaca televisyen.

Ad

Terdapat beberapa perkongsian yang dimuat naik di laman sosial menyaksikan sudut yang dipilih lebih terbuka malah membantu penonton di rumah melihat pergerakan bola, larian pemain dan arahan dari jurulatih secara keseluruhannya.

Ad

Seperti yang sedia maklum, penggunaan teknologi ini sudah lama diaplikasikan di La Liga dengan paparan tangkap layar mempunyai kesan bokeh yang cukup cantik.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-0 memihak kepada tuan rumah hasil jaringan Heberty Fernandes dan Bergson Da Silva.