Kuching City membawa rekod hebat apabila bakal melayan kunjungan Penang FC.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak berada pada momentum luar biasa apabila merekodkan dua kemenangan, 4 keputusan seri dan satu kekalahan.
Kuching City kini menghuni tangga ke-5 Liga Super dan menjadi antara 4 pasukan dengan kekalahan paling rendah bersama JDT (0 kelalahan) dan dua pasukan lain iaitu KL City dan Terengganu masing-masing hanya satu kekalahan.
Pertemuan menentang Penang FC bakal menjadi aksi sengit tatkala kedua-dua pasukan mahu memburu kedudukan lebih baik.
Anak didik Akmal Rizal berjaya merekodkan dua kemenangan dan tiga keputusan seri selain dua kekalahan kepada Selangor dan Kedah merencatkan permulaan baik pasukan.
Kemenangan 3-0 ke atas Kelantan Darul Naim kembali menghidupkan peluang The Phanters untuk meneruskan momentum cemerlang musim ini.
Penang bagaimanapun perlu berwaspada dengan ketajaman gandingan Tchetche Kipre dan juga Jordan Mintah untuk
Aksi Kuching City dan Penang bakal berlangsung pada 11 Ogos 2024 jam 4:45 petang di Kuching.