Kuching City Berdepan 3 Kelab Kemboja Bagi Aksi Pra-Musim
MakanBola
Kuching City FC
Sponsors

Selepas mengadakan sesi pra-musim di Zon Tengah Sarawak, program pra-musim Kuching City tidak terhenti di situ saja. Pada awal Februari ini, anak-anak buah Irfan Bakti bakal bertolak ke Kemboja bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan.

Tiga lawan Il Gatto untuk program pra-musim di Kemboja ialah NagaWorld, Phnom Penh Crown dan Preah Khan Reach Svay Rieng.

Ad

NagaWorld akan menjadi lawan pertama Kuching City di negara itu pada 2 Februari. Ini disusuli oleh Phnom Penh Crown (4 Februari) dan Preah Khan Reach Svay Rieng (5 Februari).

Ini memperlihatkan kesungguhan Kuching City sebagai persiapan menghadapi Liga Super yang bakal bermula pada 24 Februari ini.

Ad

Pastinya Irfan Bakti mahu anak-anak buahnya membuktikan kepada pihak lawan bahawa mereka bukan pelengkap pasukan Liga Super musim ini.

Ad