Kuching City Buru Empat Pemain Berprofil Tinggi Liga Super
Transfer
Kuching City FC
Advertisements

Empat pemain dari pasukan-pasukan Liga Super Malaysia 2023 dikhabarkan menjadi sasaran untuk memperkuat pasukan Kuching City FC bagi saingan Liga Malaysia pada musim akan datang.

Empat pemain yang dilaporkan menurut ciapan wartawan terkenal, T. Avineshwaran di akaun X milik beliau merupakan seorang pemain pertahanan, penjaga gol, pemain sayap dan penyerang.

Pemain pertahanan yang dilaporkan ialah Rodney Celvin dari pasukan Kedah Darul Aman FC yang sememangnya mempunyai pengalaman bermain di bawah kendalian jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak ketika di Kedah dahulu.

Advertisements

Seterusnya, penjaga gol KL City FC dan Malaysia bawah 23 tahun, Azim Al-Amin juga dikhabarkan menjadi buruan kelab borneo tersebut selepas penjaga gol muda itu dilihat lebih banyak memanaskan bangku simpanan bersama KL City pada musim ini.

Tchetche Kipre pula nama yang disebut-sebut bakal memperkuat posisi serangan Kuching City FC memandangkan penyerang berasal dari Ivory Coast itu juga pernah dibimbing oleh Aidil Sharin ketika di Kedah musim lalu.

Akhir sekali merupakan pemain sayap KL City FC yang kini dipinjamkan ke Kedah Darul Aman, J. Partiban yang dikaitkan untuk menyarung jersi Kuching City pada musim hadapan bagi membantu barisan hadapan kelab tersebut.

Advertisements

Kuching City FC mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini dengan prestasi kurang memberangsangkan namun berjaya bergelar naib juara MFL Challenge Cup baru-baru ini. Mereka akan menutup tirai liga musim ini dengan bertandang ke Paroi untuk menghadapi Negeri Sembilan FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram