Kuching City Jalin Kerjasama Bersama Miri FA
MakanBola
Kuching City FC

Saingan Piala Presiden 2025 menyaksikan Kuching City FC menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Miri (Miri FA).

Kerjasama ini menyaksikan The Cats akan dikenali sebagai Kuching City-Miri bila bersaing dalam kejohanan itu sepanjang tahun 2025.

Pasukan ini juga akan berpangkalan di Miri sepanjang saingan Piala Presiden 2025 berlangsung.

Ad

Kerjasama membabitkan dua entiti bola sepak itu dimeterai di Kuching baru-baru ini. The Cats diwakili pengerusi pasukan, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan, Iswandi Ali Hassan.

Ad

Turut sama hadir dalam mesyuarat mewakili Kuching City ialah dua ahli lembaga pengarah pasukan, Haji Kamaludin Akil dan Zainalabidin Haji Jali.

View this post on Instagram

A post shared by Kuching City FC (@kuchingcityfc_official)

Ad
Ad

Miri FA pula diwakili presiden persatuan, Mohd Saif Jubaidi dan timbalan presiden, Nazri Haji Ahmad Lai.

Ad

Kuching City-Miri bakal membuka kempen kejohanan dengan menentang KL City FC di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur pada 23 April.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments