Kuota 10 Pemain Import ‘Lulus’ Di Liga Saudi
Transfer
Al-Nassr
Advertisements

Saudi Pro League (SPL) bakal menyaksikan lebih ramai pemain import mewarnai saingan liga itu pada musim hadapan.

Ini susulan keputusan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) dan SPL untuk meluluskan penambahan kuota pemain import yang beraksi di liga berkenaan.

Saudi Gazette melaporkan semua pasukan hanya dibenarkan mendaftar 25 orang pemain utama berbanding 30 pemain sebelum ini.

Advertisements

Daripada 25 orang yang dinyatakan, 10 diperuntukkan untuk kuota pemain import. SPL turut membenarkan kelab-kelab mendapatkan lapan pemain import tanpa mengira umur.

Kelab-kelab SPL turut diingatkan bahawa baki kuota pemain import diisi oleh pemain yang berusia sekurang-kurangnya 21 tahun atau lahir pada tahun 2003.

Penetapan ini dibuat bagi menggalakkan kelab-kelab SPL untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dalam arena liga.

Advertisements

Sekiranya pasukan SPL hendak menurunkan pemain import dalam kesebelasan utama, hanya lapan pemain import yang dibenarkan berada dalam kesebelasan utama.

Peraturan ini hanya terpakai dalam SPL. Sementara dalam pertandingan King’s Cup dan Saudi Super Cup, kelab-kelab Saudi dibenarkan menggunakan 10 pemain import dalam kesebelasan utama.

Pengumuman ini dijangka menyemarakkan lagi keinginan kelab SPL untuk mendapatkan lebih ramai pemain import pada tetingkap perpindahan musim panas 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram