Ads
Kutipan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC Lepasi Angka RM75,000
Liga Super
Sabah FC

Selepas tamat tempoh kutipan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC pada 2 Julai lalu, kutipan tabung telah berjaya melepasi RM75,000.

Advertisements

Tabung Solidariti Bersama Selangor FC dilancarkan pada 26 Jun lalu sebagai inisiatif kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor untuk membantu skuad Merah Kuning.

Advertisements

Ini susulan tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjatuhkan hukuman kepada Selangor selepas menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih pada Mei lepas.

Advertisements
Advertisements

Selepas Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa kecewa terhadap hukuman berkenaan, MFL kemudiannya menyemak semula hukuman yang dijatuhkan.

Ini termasuk membatalkan hukuman bermain tanpa kehadiran penyokong di Stadium MBPJ dan mengurangkan denda daripada RM100,000 kepada RM60,000.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pengurusan Selangor sudah menyatakan mahu memfailkan rayuan berkenaan hukuman tersebut. Rayuan sudah dihantar kepada MFL pada 29 Jun lalu.

Kini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan jumlah kutipan penuh Tabung Solidariti Bersama Selangor FC ialah sebanyak RM76,490.06.

Nilai ini dinyatakan beliau dalam satu sidang media khas seperti yang dilaporkan portal berita Astro Awani.

Advertisements

Kutipan tabung tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada pengurusan Merah Kuning untuk menyelesaikan kes yang dihadapi dengan MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram