Kylian Mbappe Pentingkan PSG Berbanding Kelab Lain
Transfer
Paris Saint Germain
Advertisements

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mahu memberi keutamaan kepada kelabnya berbanding tawaran daripada kelab lain menjelang pintu perpindahan yang bakal dibuka.

Laporan daripada laman X Transfer News Live menjelaskan bahawa penyerang berusia 25 tahun itu tidak mahu meninggalkan kelabnya itu pada jendela perpindahan Januari ini.

Kontrak Mbappe bersama juara Ligue 1 itu bakal tamat pada hujung musim ini namun, tumpuannya kekal untuk membantu kelabnya sehingga kontraknya berakhir.

Advertisements

Nama penyerang kebangsaan Perancis itu sudah menjadi perhatian kelab-kelab besar seperti Real Madrid sejak 2021 lagi tetapi beliau tekad untuk menandatangai kontrak lanjutan sehingga 2024 ketika itu.

Memandangkan kontrak beliau bakal tamat pada musim panas nanti, PSG sudah semestinya mempunyai tugas berat untuk mengekalkan khidmat beliau untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Kylian Mbappe telah menjaringkan 21 gol daripada 22 perlawanan sepanjang musim ini dan kini sedang mendahului carta penjaring terbanyak di Ligue 1 dengan 18 gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram