Kylian Mbappe Selangkah Ke Real Madrid
Transfer
PSG
Advertisements

Bintang Perancis dan Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe kini semakin menghampiri pintu keluar dari PSG dan berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Berita perpindahan Mbappe ke Real Madrid sememangnya sudah lama kedengaran sejak beberapa musim yang lalu namun hingga kini ianya masih belum menjadi kenyataan.

Terkini, laporan di eropah telah mendedahkan bahawa Real Madrid sudah bersedia untuk menawarkan kontrak kepada Mbappe. Namun begitu, ianya hanya boleh dilakukan pada bulan Januari iaitu ketika kontrak Mbappe berbaki enam bulan sebelum tamat.

Advertisements

“Real Madrid sedang menyediakan tawaran yang akan ditawarkan kepada Kylian Mbappé pada bulan Januari 2024.

“Jika Mbappé mahu menyertai Real Madrid, dia perlu membuktikannya dengan menandatangani kontrak tersebut dengan kadar segera.

“Sebagai peringatan, Real Madrid berhak untuk mendekati Kylian Mbappé mulai 1 Januari kerana pemain Perancis itu akan memasuki enam bulan terakhir kontraknya bersama PSG,” lapor TransferNewsLive di laman X.

Advertisements

Mbappe musim ini telah beraksi untuk PSG dalam 17 perlawanan dengan sudah meledak 17 gol dan menyumbang 2 bantuan gol.

Real Madrid dilaporkan sanggup membayar 35 juta pound sterling bersih setiap musim kepada Mbappe. Mereka juga sedang memantau perkembangan Erling Haaland di Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram