Lawan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan berada dalam detik suka sebelum bertemu skuad negara.
Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam misi besar untuk melonjakkan kedudukan ranking negara selepas turun 8 tangga apabila tewas kepada Oman.
Harimau Malaya bagaimanapun perlu berdepan dengan lawan yang memiliki rekod kebal di laman sendiri tatkala Malaysia tiada pilihan untuk menang.
Kyrgyzstan melakukan rombakan dan ia merupakan sebahagian daripada aspirasi jangka panjang jurulatih The White Falcons, Stefan Tarkovic untuk membentuk generasi baru pasukan itu.
Antara pemain muda yang dipilih Tarkovic untuk skuad kali ini ialah Adilet Kanyebekov, Mirlan Bekberdinov, Nurbol Baktybekov dan Emir-Khan Kydyrshaev.
“Pemain-pemain seperti Kanybekov, Bekberdinov, Baktybekov dan Kydyrshaev dipanggil ke skuad senior Kyrgyzstan. Falsafah kami adalah secara memasukkan pemain muda secara beransur-ansur.
“Kami mahu pasukan kebangsaan mempunyai generasi yang kuat di masa depan, yang hanya dapat dicapai dengan memperoleh pengalaman yang diperlukan,” ujar kenyataan Kyrgyzstan.
Selain itu, lawan yang menghuni tangga ke-100 dunia ini juga memiliki rekod yang amat baik di laman sendiri.
Kyrgyzstan berjaya menundukkan Oman dengan keputusan 1-0 selain membenam cabaran Vietnam tempoh hari sekaligus menyaksikan mereka kebal di laman sendiri.
Skuad negara akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan ke-6 pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.