Kyrgyzstan Bawa Dua Senjata Rahsia Hadapi Malaysia
Harimau Malaya
Tamirlan Kozubaev/ Mirbek Akhmataliev
Advertisements

Malaysia bakal memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang pasukan di ranking ke-96 dunia, Kyrgyzstan pada 16 November ini.

Di atas kertas, sudah tentu kelebihan menjadi milik Kyrgyzstan yang berada di ranking yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia yang kini berada di ranking ke-137 dunia. Namun perlu diingatkan, apa jua boleh berlaku di dalam bola sepak.

Jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic baru-baru ini telah mengeluarkan senarai pemain yang bakal membawa cabaran Kyrgyzstan untuk dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia 16 November dan menentang Oman pada 21 November.

Advertisements

Daripada senarai 32 pemain yang dikeluarkan ternyata Tarkovic telah menyenaraikan dua pemain yang boleh dianggap sebagai mata-mata kepada barisan kejurulatihan Kyrgyzstan. Ini kerana kedua-dua pemain ini pernah beraksi di Malaysia suatu ketika dahulu.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah Mirbek Akhmataliev dan Tamirlan Kozubaev. Mirbek merupakan bekas penyerang berbisa PDRM FC untuk musim 2022. Beliau telah diturunkan 7 kali bagi saingan musim lalu dan meledak dua jaringan.

Manakala Tamirlan Kozubaev merupakan pemain pertahanan tengah yang pernah beraksi untuk PKNS FC pada musim 2019. Kozubaev telah diturunkan 21 kali dan meledak 3 jaringan buat PKNS.

Advertisements

Pengalaman kedua-dua pemain ini beraksi di Malaysia sudah pasti sedikit sebanyak akan membantu pasukan Kyrgzstan supaya tidak kekok beraksi di hadapan ribuan penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram