Ads
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan membuat percaturan penting sebelum melangkah ke Piala Asia yang bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang.

Advertisements

Anak buah Stefan Tarkovic melalui detik yang kurang memberangsangkan pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas mengejut kepada Malaysia.

Advertisements

Pasukan ke-102 dunia itu bagaimanapun mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan Oman dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Advertisements

Melihat kepada prestasi semasa pasukan, barisan kejurulatihan Kyrgyzstan merasakan sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan demi masa depan bola sepak mereka.

“Dalam masa terdekat, barisan kejurulatihan pasukan akan mengumumkan penambahan pemain yang dijemput ke pasukan kebangsaan.”

Advertisements

“Pengurusan CFS bersama barisan kejurulatihan membuat keputusan untuk membentuk pasukan baharu, termasuk memasukkan pemain muda yang sebelum ini tidak dipanggil ke pasukan utama negara.”

“Keputusan ini ditentukan oleh keperluan untuk menyediakan pasukan yang mampu menyelesaikan cabaran sukan dalam jangka panjang.”

Jaguh Asia Tengah ini juga mahu memastikan bahawa pasukan dapat memberikan yang terbaik dengan Piala Asia 2023 menjadi sasaran utama pasukan.

“Asas pasukan yang kompetitif harus diletakkan hari ini. Sehubungan dengan itu, Piala Asia yang akan datang harus menjadi peluang untuk pasukan kami menimba pengalaman antarabangsa, memberi peluang untuk membangunkan pemain yang lebih baik dan memberikan keyakinan yang diperlukan pasukan kami pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala AFC 2027 akan datang.”

“Kyrgyzstan menghadapi tugas untuk menjadi antara 18 pasukan terbaik di Asia, ini akan memberi kita laluan ke undian Kejohanan Asia seterusnya dan membolehkan kita meneruskan perjuangan untuk Piala Dunia 2026,” ujarnya.

Advertisements

Kyrgyzstan diundi dalam Kumpulan F bersama Oman, Arab Saudi dan Thailand sementara Malaysia dalam Kumpulan l bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram