Advertising
Kyrgyzstan Panggil Semula 12 Pemain Utama Hadapi Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Kyrgyzstan FA

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan membuat keputusan untuk membawa skuad terbaik ke Kelayakan Piala Dunia 2026 khususnya berdepan Malaysia pada aksi pembukaan kumpulan.

Skuad yang menghuni tangga ke-96 dunia itu kehilangan sebahagian besar pemain penting pada dua aksi persahabatan berdepan Bahrain dan Filipina.

Keadaan ini menyebabkan pasukan bimbingan Stefan Tarkovic tewas dalam dua aksi penting tersebut.

Ad

Kyrgyzstan bagaimanapun dijangka tampil dengan skuad terbaik pada kejohanan penting ini selepas jurulatih kelahiran Slovakia itu mahu pemain berkualiti bagi menghadapi cabaran Malaysia.

Ad

“Dalam tarikh FIFA sebelum ini, dua belas pemain kami tidak dapat membuat persiapan untuk perlawanan menentang Bahrain dan Filipina kerana kecederaan.”

“Berdasarkan pengalaman ini, kami telah memasukkan 29 pemain dan 4 penjaga gol dalam senarai skuad lanjutan untuk persidangan akan datang.”

Ad

Pasukan ini juga bakal diperkuatkan dengan barisan pemain yang beraksi di Piala AFC yang merekodkan aksi cemerlang dalam tiga perlawanan pertama.

“11 pemain yang beraksi buat Abdysh-Ata akan menyertai pasukan selepas perlawanan kelab dalam Piala AFC. Sebaliknya, pemain bola sepak yang bermain bersama kelab luar negara akan datang ke pasukan itu pada 13 November,” jelasnya.

Aksi pembukaan Malaysia dan Kyrgyzstan bakal berlangsung pada 16 November 2023 di Stadiuk Nasional Bukit Jalil sebelum Harimau Malaya berlepas ke Taiwan bagi aksi kedua Kumpulan D pada 21 November.

@fariszukeiman

Giancarlo bakal tinggalkan KL City? 🥲 Info lanjut di @MakanBola #Malaysia #MakanBola #ligasupermalaysia #KLCity #GiancarloGallifuoco #bojanhodak #persibbandung

♬ DJ PIPI MIMI – MIMI SAYANG PIPI – DJ Chen