Lagenda Filipina, Neil Etheridge Akhiri Karier Antarabangsa
MakanBola
Philippines MNFT

Penjaga gol berpengalaman Filipina, Neil Etheridge memilih menggantung but dari arena bola sepak antarabangsa.

Keputusan itu dikongsikan penjaga gol Buriram United itu menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Instagram baru-baru ini.

Meskipun mengakui ini bukan satu keputusan mudah, Etheridge melihat ini masa terbaik untuk beliau berundur. Ini kerana ini akan memberi ruang kepada generasi baharu pemain Filipina untuk menyinar.

“Saya tidak menyesali sebarang keputusan saya. Pada usia 18 tahun, saya membuat keputusan untuk bermain untuk Filipina..
Layak buat kali pertama ke Piala Asia untuk Filipina. Pemain Filipina pertama beraksi dalam Liga Perdana Inggeris!

“Saya bertemu dengan beberapa rakan yang hebat dan bertemu dengan beberapa orang yang hebat. Kenangan yang akan kekal bersama saya selama-lamanya,” katanya.

Etheridge turut menzahirkan penghargaan buat penyokong Filipina yang sentiasa menyokong beliau sepanjang bersama skuad kebangsaan negara itu.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang telah bersama saya dalam perjalanan ini. Saya harap perjalanan ini dapat diteruskan dengan cara yang positif,” tambahnya.

Susulan itu, ramai rakan pemain menzahirkan penghargaan kepada Etheridge atas jasanya kepada skuad kebangsaan Filipina.

Antara yang berbuat demikian ialah pemain import Penang FC, OJ Porteria, bekas pemain import Sri Pahang FC, Kevin Ingreso, Elias Dolah, Daisuke Sato dan Olivia McDaniel.

Claim Money Packet TnG