Lagenda Liverpool Ganti Ten Hag Di Man United?
MakanBola
Bayer 04 Leverkusen
Sponsors

Man United dilaporkan sudah mengenal pasti calon untuk menggantikan pengurus Belanda, Erik ten Hag.

Kedudukan pengurus berusia 54 tahun itu kembali tergugat lantaran prestasi tidak menentu The Red Devils sejak awal musim 2024/25.

Ad

United kini di tangga ke-14 liga dengan tujuh masa selepas mengutip dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Pasukan itu juga menjaringkan lima gol dan telah dibolosi sebanyak lima kali dalam liga.

Ad

Meskipun pengurusan The Red Devils masih memberi sokongan kepada ten Hag, ramai menjangkakan aksi menentang Aston Villa sebagai perlawanan terakhirnya.

Kini, TodoFichajes melaporkan United berharap untuk membawa masuk legenda Liverpool, Xabi Alonso sebagai pengganti bekas pengurus Ajax Amsterdam itu.

Ad

Alonso menjadi pilihan susulan pencapaian cemerlang bersama juara Bundesliga musim 2023/24, Bayer Leverkusen. Bekas pemain tengah Real Madrid itu bukan saja membantu Leverkusen meraih dua trofi pada musim berkenaan.

Ad

Malah, pengurus berusia 42 tahun itu membimbing pasukan itu kekal tanpa kalah dalam Bundesliga musim 2023/24. Rekod tersebut dileburkan RB Leipzig dalam aksi liga pada September lalu.

Ad

Pencapaian ini menarik perhatian banyak kelab termasuk Los Blancos dan Liverpool. Malah, sebelum Arne Slot dilantik sebagai pengganti Jurgen Klopp, The Reds turut mempertimbang nama Alonso sebagai calon.

Meskipun begitu, United dijangka berdepan kesukaran untuk membawa pengurus berdarah Basque itu ke Old Trafford. Ini kerana Alonso tidak gemar mengambil alih tugas pengurusan pasukan pada pertengahan musim.

Satu lagi halangan buat United ialah apakah pengurus Sepanyol itu bersedia membimbing pasukan yang gagal layak ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Di sebalik semua ini, pengurusan The Red Devils sedia menunggu Alonso hingga ke akhir musim sebelum membawanya ke Old Trafford. Sekiranya langkah itu dipilih, United dijangka melantik seorang jurulatih interim.

Satu calon yang dicanang bakal menggalas peranan itu ialah legenda United dan pembantu ten Hag, Ruud van Nistelrooy.