Lagenda Liverpool Percaya Lisandro Martinez Akan Gagal Di Old Trafford
Dunia
Advertisements

Lagenda bola sepak Livepool, Greame Souness berpendapat pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez tidak akan berjaya bersama pasukan ‘The Red Devils’ itu.

Martinez tiba di Old Trafford dari Ajax pada musim panas ini dalam perjanjian bernilai sehingga £57 juta dan mendapat kritikan ketika United tewas dua perlawanan pembukaan musim ini dengan dibolosi enam gol.

Souness berpendapat masalah saiz dan ketinggian yang dimiliki pemain Argentina itu akan membantuntkan beliau untuk menyerlah dalam Liga Perdana Inggeris.

Advertisements

“Saya menonton perlawanan pada hujung minggu, mereka (Southampton) meletakkan Che Adams untuk berhadapan dengan Martinez.

“Saya fikir dia akan diuji dengan dahsyat jika berhadapan Haaland, Nunez atau Mitrovic,” jelas Souness lagi.

Selain itu, Souness menganggap bahawa Lisandro Martinez tidak mempunyai apa-apa keistimewaan selain mempunyai semangat dan tahap agresif yang tinggi.

Advertisements

“Saya akan mengatakan dia bersemangat dan dia agresif. Perkara lain yang saya tidak suka tentang dia ialah dia terlalu mudah merebahkan badan. Itu bukan petanda baik untuk seorang pemain pertahanan yang baik.

“Pemain yang bijak akan tetap berdiri dan membaca gerakan lawan. Jika anda ‘langgar’ sepanjang masa bermakna anda tidak membacanya,” jelas Souness lagi seperti dilapor dailymail.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram