Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengemas kini laman sesawang rasminya dengan reka bentuk baharu dan fungsi yang lebih mesra pengguna.
Penjenamaan semula laman sesawang ini dilihat bagai salah satu usaha positif FAM dalam mempertingkatkan akses dan pengalaman pengguna khususnya buat peminat bola sepak tempatan.
Dengan pembaharuan ini, FAM dapat memudahkan capaian maklumat selain memberi kemas kini berkenaan bola sepak tempatan dengan lebih pantas, tepat serta interaktif kepada peminat dan pihak media.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk antaramuka moden, navigasi yang lebih lancar, integrasi media sosial, serta kemas kini berita dan keputusan perlawanan secara langsung.
Selain itu, laman ini juga menampilkan ruangan khusus untuk pembangunan akar umbi, futsal, bola sepak wanita, dan juga kandungan eksklusif dari skuad Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski.


Laman baharu ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara FAM dan komuniti bola sepak negara, khusus dalam usaha mempromosi liga tempatan serta pembangunan bakat muda.

Laman sesawang rasmi FAM boleh dilayari di pautan rasmi www.fam.org.my