Liga Super
KDA FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC sekali lagi mencuri tumpuan apabila laman web rasmi kelab itu dikatakan memaparkan info mengenai kelab liga Amerika Syarikat.

Berdasarkan tinjauan terhadap laman web tersebut, ia sememangnya hanya berkongsikan info mengenai pasukan yang bertanding dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Paparan utama memperlihatkan kiraan masa (countdown) bagi pertemuan antara pasukan D. C. United berdepan Dallas FC manakala paparan berikutnya berkongsikan tentang berita semasa di sana.

Advertisements

Bagi senarai pasukan yang bertanding pula, carta kedudukan liga tersebut merupakan carta dalam saingan di MLS.

Perkara ini jelas menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong yang mahu mengikuti perkembangan semasa kelab Hijau Kuning itu secara dalam talian.

Advertisements
A58ACC51 816D 4A5B B1AA 9A185AA1FE44 Laman Web Rasmi Kedah Papar Info Kelab Bola Sepak Amerika Syarikat?
Laman Web: Kedah Darul Aman

Kedah akan bertemu Kelantan United di gelanggang lawan Isnin kelak dalam usaha mendapatkan semula tiga mata setelah tumpas kepada PDRM tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram