Advertising
Laos Hampir Kejutkan Filipina
MakanBola
Asean United FC

Aksi saingan ASEAN Championship malam ini menyaksikan Laos dan Filipina berakhir dengan keputusan seri. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi memburu kemenangan pertama bagi kumpulan B.

Pada minit ke-34 permainan, Laos membuka jaringan pertama menerusi gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain Filipina, Michael Baldisimo.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Laos 1-0 Filipina.

Pada minit ke-77 permainan, pemain sayap Filipina, Sandro Reyes berjaya menyamakan kedudukan selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukan, Paul Bismark Tabinas.

Ad
Ad

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, kedua-dua pasukan raih satu mata selepas terikat Laos 1-1 Filipina.

Selepas ini, Laos akan berdepan Myanmar manakala Filipina bertemu Vietnam pada 18 Disember ini.